Lokasi kandang sembilan ekor serigala yang terlepas di Trois Vallées Zoo. foto Getty Images

PARIS – Sebuah zoo di selatan Perancis terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas sekumpulan serigala melarikan diri dari kandang dan berkeliaran di sekitar tapak itu pada waktu melawat.

Sebanyak sembilan serigala melarikan diri dari kandang pada hujung minggu lalu di Zoo Trois Vallées di Montredon-Labessonnie, kira-kira 100 kilometer di timur Toulouse.

Empat ekor serigala mati ditembak akibat ‘berkelakuan berbahaya’, sebelum lima yang lain terpaksa dibius dan dikembalikan ke kandang semula.

Haiwan itu memusnahkan pintu keselamatan dan memanjat pagar, tetapi tidak berjaya melarikan diri dari sempadan zoo.

Pegawai Zoo, Fabien Chollet berkata, tiada kecederaan dilaporkan susulan insiden tersebut.

“Tidak ramai orang berada di dalam zoo ketika kejadian dan tiada perkara bahaya berlaku kepada pelawat,” tambahnya.

Namun, disebabkan masalah keselamatan, zoo itu akan ditutup sehingga punca kejadian diketahui dan diperbetulkan.

Pemilik zoo, Sauveur Ferrara berkata, serigala-serigala itu, yang baru tiba di zoo tersebut bertindak melarikan diri selepas memusnahkan pemasangan keselamatan tetapi tidak keluar dari kawasan tersebut. – Daily Mail

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast