Logo Bomba

KUANTAN – Seorang lelaki yang dilapor hilang dalam kejadian banjir di Kampung Tanjung, Karak dekat sini Isnin lepas (20 Disember), ditemukan maut di kawasan timbunan sisa kayu hari ini, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani.

Beliau berkata, mayat K. Barathan, 28, ditemukan pada 10.40 pagi oleh orang awam kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi dia dilapor hilang.

Balai Bomba dan Penyelamat Karak pada Isnin menerima panggilan kecemasan membabitkan seorang lelaki disyaki hilang semasa memindahkan barang ketika banjir, dan laporan polis dibuat oleh bapa mangsa setelah anaknya tidak dapat dihubungi.

“Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan di Kampung Tanjung, Karak dan sekitar sungai berhampiran, sebelum orang awam berjaya menemukan mangsa hari ini. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast