Sulaiman Md Ali.

MELAKA – Seramai tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka tidak hadir Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 hari ini kerana dijangkiti Covid-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ujian saringan yang dilakukan pada Jumaat lepas mendapati empat ADUN disahkan positif manakala tiga lagi yang tidak hadir hari ini merupakan kontak rapat kepada pesakit.

“Kali ini kita bermesyuarat dalam keadaan yang berbeza, tidak mengikut peraturan-peraturan seperti mana notis yang telah pun kita berikan tempoh hari, disebabkan pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di bangunan DUN, di sini, hari ini.

Tujuh ADUN yang tidak hadir ialah Datuk Rahmad Mariman (Ayer Molek), Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Duyong), Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai) dan Rosli Abdullah (Kuala Linggi).

Turut sama, Adly Zahari (Bukit Katil), Ngwe Hee Sem (Machap Jaya) dan Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia).

Terdahulu, sidang DUN yang dijadualkan berlangsung empat hari dipendekkan kepada satu hari, iaitu hari ini, berikutan penularan kes Covid-19 membabitkan beberapa ADUN selain ada yang menjadi kontak rapat pasangan serta pegawai masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast