Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media khas mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 28 DISEMBER 2021.

PUTRAJAYA – Semakan data Mysejahtera dari 1 hingga 28 Disember 2021 mendedahkan  1.4 peratus orang yang dijangkiti kes positif Covid-19 dan diperintah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) telah melanggar perintah tersebut.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun jumlah mereka hanya 1.4 peratus tetapi mereka sepatutnya menjalani kuarantin.

“Kita mungkin perlu mengambil tindakan lebih tegas ke atas mereka yang berulang kali keluar atau melakukan check-in semasa mereka sepatutnya berada di rumah.

“Kita mendapati ada rekod daftar masuk MySejahtera di premis oleh kes positif yang sepatutnya kuarantin kendiri di rumah,” katanya pada sidang media di sini.

Khairy berkata, tindakan sebelum ini belum pernah diambil kepada mereka yang langgar arahan kuarantin.

Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), individu yang ingkar prosedur operasi standard Covid-19 boleh dikompaun maksimum RM1,000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast