Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22,846,708 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,142,519 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.4 peratus atau 2,749,975 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,843,040 atau 90.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sejumlah 153,228 dos vaksin telah diberikan melibatkan 145,179 dos penggalak, dengan 4,653 dos kedua dan 3,396 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,112,114 dengan 5,727,151 daripadanya adalah dos penggalak. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast