heavy downpour thunderstorm continous heavy rain MetMalaysia weather forecast
Penunggang motosikal berteduh di bawah jejantas daripada cuaca hujan lebat yang turun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Keadaan hujan berterusan dijangka berlaku di lima buah negeri sehingga 2 Januari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran hujan berterusan waspada peringkat kuning dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sabah iaitu Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di seluruh Kelantan, Terengganu, Johor dan beberapa kawasan di Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) bermula esok sehingga 1 Januari,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette