Lionel Messi

PARIS – Lionel Messi diuji positif jangkitan Covid-19, kata Paris Saint Germain (PSG), semalam, sehari selepas bintang bola sepak itu menyanyi dan menari bersama isterinya dalam konsert di Argentina.

Pemain berusia 34 tahun itu memuat naik video dalam instagram yang memeparkan mereka menyertai konsert di Rosario, Sante Fe.

Pasukan Ligue 1 Perancis itu mengesahkan Messi sedang menjalani kuarantin kendiri, lapor Dailymail.com.

Selain Messi, tiga lagi rakan sepasukannya turut disahkan positif Covid-19 termasuk Rico, Juan Bernat dan Nathan Bitumazala.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan bagaimana dan di mana Messi mendapat jangkitan tersebut.

Bercakap dalam sidang media semalam, Pengurus PSG, Mauricio Pochettino memberi bayangan dengan menyatakan Messi masih bercuti di Argentina dan tidak akan meneruskan perjalanan sehingga dia disaring negatif.

Ia bermakna dia tidak dapat menentukan tarikh kembali ke Paris untuk menyertai PSG.

Messi hanya menjaringkan satu gol dalam 11 penampilan Ligue 1 musim ini, bagaimanapun dia menjaringkan lima gol dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast