KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022 Februari ini, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd kembali dengan promosi kempen beli dan menang.
Ia bertujuan memupuk semangat kebersamaan dan kemakmuran dalam mengharungi tahun serba mencabar ketika ini.
Menerusi kempen ini bermula 27 Disember 2021 sehingga 23 Januari ini, sejumlah 288 set eksklusif Yee Sang akan dihantar kepada pelanggan bertuah setiap minggu sebagai kaedah promosi dan meraikan pelanggan.
Pengarah Urusan Yakult (Malaysia), Hiroshi Hamada berkata, kempen dianjur hasil kejayaan dicatatkan tahun sebelumnya dan kali ini, semangat “Yee Sang” yang bermaksud bertambah kemakmuran itu diteruskan lagi.
“Kami (Yakult) berharap menerusi kempen yang diadakan set eksklusif Yee Sang ini, ahli keluarga dapat berkumpul dengan selamat bagi meraikan perayaan ini sambil menikmati lambungan Yee Sang di rumah masing-masing.
“Paling penting Yee Sang eksklusif adalah halal dan kami mengalu-alukan semua para pelanggan untuk menyertai kempen ini sambil kita nikmati hidangan tradisi makanan istimewa ini bersama yang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Yee Sang merupakan hidangan makanan tradisi utama bagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia menjadi simbol kemakmuran selain kesihatan dan kekayaan kepada semua penganut yang meraikannya.
Menerusi kempen yang sedang berlangsung kata Hamada, Yakult berharap kenalan dan keluarga dapat berkumpul dengan mematuhi SOP, sambil mengelilingi hidangan, mengucapkan selamat untuk meraikan pelbagai aspek kehidupan termasuk limpahan kekayaan, kesihatan yang produktif dan perjalanan
yang selamat.
Kempen Beli dan Menang Tahun Baru Cina 2022 terbuka kepada rakyat Malaysia dengan syarat membeli minimum 30 botol Yakult di dalam satu resit, layak tebus set angpow Tahun Baru Cina, eksklusif Yakult disertakan dengan QR Kod bagi penyertaan seterusnya berpeluang memenangi set eksklusif Yee Sang.
Penebusan paket ang pau boleh dibuat menerusi pembelian dari Wanita Yakult, promoter Yakult di pasar raya atau membeli terus dari Yakult Malaysia dengan setiap penyertaan melalui imbasan kod QR.
Para pelanggan berpeluang menangi set eksklusif Yee Sang yang akan dihantar kepada pemenang bertuah sebelum 1 Februari ini.
Hamada turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan menyokong Yakult dan amat berharap jenama minuman probiotik terkenal Jepun dapat memberi kebaikan kesihatan kepada masyarakat di musim perayaan Tahun Baru Cina ini.
“Inisiatif kempen Tahun Baru Cina sejajar dengan falsafah korporat Yakult iaitu ‘kami menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan semua orang di seluruh dunia. Minuman probiotik Yakult ketika ini diminum 40 juta penduduk di 40 negara hasil manfaat bakteria baik dikenali shirota strain yang terbukti membantu meningkatkan fungsi usus.
“Minuman Yakult dihasil sepenuhnya di Malaysia, dengan kilang pengeluaran berteknologi tinggi di Seremban, Negeri Sembilan dan disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” jelasnya. – MalaysiaGazette