Kes Azam: Enam ahli Lembaga LPPR dakwa kenyataan Abu Zahar bersifat peribadi

Enam ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mendakwa Pengerusi badan itu iaitu Tan Sri Abu Zahar Ujang telah memberikan kenyataan bersifat peribadi terhadap kes saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.