Andres Manuel Lopez Obrador. foto Reuters

MEXICO CITY – Presiden Mexico disahkan positif Covid-19 buat kali kedua ketika negara ini terus merekodkan peningkatan jumlah kes.

Andres Manuel Lopez Obrador berkata, beliau disahkan positif selepas mengalami gejala sederhana.

Beliau pernah dijangkiti Covid-19 kali pertama pada awal tahun lalu.

“Walapun gejalanya sederhana tetapi saya tetap akan mengasingkan diri,” katanya menerusi Twitter.

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri, Adan Augusto Lopez akan menggantikan beliau dalam sidang media pagi harian dan acara umum lain sehingga dia pulih.

Mexico kini berdepan gelombang baharu jangkitan Covid-19 susulan kemunculan varian Omicron yang sangat mudah merebak.

Minggu lalu, data rasmi kematian akibat Covid-19 negara ini merekodkan kes kelima tertinggi dunia apabila melepasi angka 300,000. – NBC News

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast