Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelanggan Lebuhraya Utara-Selatan bakal mempunyai lebih banyak pilihan untuk membayar tol mereka apabila transaksi tol menggunakan teknologi
RFID diperluaskan ke laluan Juru hingga Skudai di lebuhraya tersebut mulai jam 10 malam, 15 Januari 2022 ini.

Dengan pelaksanaan tersebut, semua 83 plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan menyediakan sekurang-kurangnya 1 lorong RFID untuk membolehkan pelanggan lebuh raya melengkapkan transaksi tol mereka.

Ini bermakna, pelanggan kenderaan penumpang persendirian (Kelas 1) mempunyai lebih pilihan sama ada menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG atau RFID untuk membayar tol.

”Bermula jam 10 malam pada 15 Januari ini, pelanggan RFID Touch ‘n Go yang telahpun menggunakan kaedah tersebut untuk membayar tol di lebuhraya-lebuhraya lain sebelum ini boleh menggunakan teknologi tersebut secara menyeluruh di lebuhraya PLUS.

”Dengan pelaksanaan ini juga, pelanggan kenderaan penumpang persendirian (Kelas 1) lebuh raya PLUS kini boleh beralih kepada RFID untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar, tanpa sentuh dan menggunakan transaksi e-Dompet,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

Pada ketika ini, terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang telahpun menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang.

Pelekat RFID Touch ‘n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara (rujuk laman web Touch ‘n Go ttps://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres ) dan juga secara atas talian.

Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung RFID dan bagaimana ia boleh membantu mereka menikmati perjalanan lebuh raya
dengan lancar di http://rfid.plus.com.my – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.