R.Nadarajah

KUALA LUMPUR – Kuil Sri Mahamariamman telah membuat beberapa rayuan kepada Kementerian Perpaduan Negara untuk mempertimbangkan semula prosedur operasi standard (SOP) Thaipusam 2022.

Rayuan itu dikemukakan kepada Datuk Halimah Mohamed Sadique

Pengerusinya, Tan Sri R. Nadarajah berkata, antara rayuan yang dibuat ialah agar kementerian itu tidak mengehadkan masa kepada penganut Hindu untuk membuat upacara ritual.

Selain itu memberi kebenaran untuk kuil dibuka 24 jam sempena Thaipusam kerana ia adalah hari istimewa kepada penganut Hindu.

Malah, rayuan turut dibuat supaya individu yang berusia 18 tahun ke bawah turut dibenarkan membuat acara sembahyang pada hari tersebut.

“Saya akan bertanggungjawab dalam memastikan semua peserta mematuhi prosedur operasi standard yang betul,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pada tahun ini, tambahnya, penganut Hindu tidak dibenarkan membawa  kavadi tetapi boleh menunaikan acara-acara ritual lain seperti membawa susu.

Beliau juga menjelaskan, perarakan pedati hanya akan berhenti di 10 hentian sahaja dan hanya akan diiringi oleh 10 ahli pengurusan kuil bagi yang memiliki tag kebenaran.

Menurutnya, penganut Hindu yang tidak dapat hadir ke perayaan Thaipusam akan dibenarkan untuk menunaikan nazar sepanjang bulan Januari yang dikenali sebagai bulan Thai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast