Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Februari depan bagi keputusan rayuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung tuntutan saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkaitan ceramah di Lembah Pantai, 13 tahun lalu.

Khairy yang kini merupakan Menteri Kesihatan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM150,000 berhubung ceramah yang dibuatnya pada 2008.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Lee Swee Seng membuat ketetapan itu bersama-sama Datuk Darryl Goon Siew Chye dan Datuk Ghazali Cha melalui prosiding atas talian hari ini.

Khairy diwakili oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pada 29 September 2017, Mahkamah Tinggi memutuskan Khairy memfitnah Anwar dan menolak permohonannya untuk mengubah pernyataan pembelaan.

Pada 19 Februari 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Menteri Kesihatan itu atas sebab teknikal tanpa meritnya didengar.

Namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy dan mengarahkan Mahkamah Rayuan mendengar meritnya.

Anwar, yang juga Presiden PKR, menyaman Khairy, yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan serta Naib Ketua Pemuda UMNO, pada 7 Mac 2008 mendakwa Khairy membuat kenyataan memfitnahnya dalam ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari tahun sama dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan di portal berita. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast