Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa agar Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) yang telah dirangka oleh GIACC (Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Malaysia) dapat dikuatkuasa serta merta.
Presiden DPMM, Abdul Halim Husin berkata, semua pelan tindakan atau hala tuju membangun ekonomi negara yang dirangka oleh kerajaan tidak akan berjaya mencapai sasarannya selagi mana jenayah rasuah tidak dibendung.