Johor state election
Deputy Inspector-General of Police Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid performing the launch gimmick of the 17th Op Selamat in conjunction with the 2022 Chinese New Year at the Sungai Buloh PLUS Rest and Service Centre. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 24 JANUARY 2022. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid membuat gimik pelancaran Op Selamat Sempena Tahun Baru Cina di Perhentian Rehat dan Rawat Diri (R&R), Restoran Jejantas Sungai Buloh (arah Utara), Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 24 JANUARI 2022.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menambah jumlah penugasan anggotanya ke Johor sekiranya diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pasukannya sentiasa dalam keadaan bersiap siaga untuk berhadapan PRN kali ini.

“Kalau bercakap tentang pihak polis, dalam keadaan apa pun kita bersiap sedia,” katanya.

Razarudin berkata demikian ketika pada majlis pelancaran Op Selamat 17 Tahun Baru Cina 2022 di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara) Lebuhraya PLUS hari ini.

Menurutnya, beliau telah menghubungi Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat untuk mengesahkan kesiapsiagaan pasukannya sejurus selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diumum pada Sabtu lalu.

“Tentang PRN Johor ini apabila kita dimaklumkan pembubaran DUN ini saya sendiri bercakap dengan Ketua Polis Johor (Datuk Kamarul Zaman Mamat),” katanya.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Sabtu lalu berkenan menandatangani dokumen watikah pembubaran DUN Johor.

Baginda berbuat demikian selepas menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene.

Sebagai rekod, Hasni membuat keputusan membubarkan DUN negeri berkenaan selepas kerajaan Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast