Gambar Hiasan. Foto: Fecebook

KUALA TERENGGANU – Seekor lagi penyu agar ditemukan mati terdampar di Pantai Sura Hujung dekat Dungun, petang tadi.

Suri rumah, Siti Norhairose Azney Ahmad, 33, yang menemukan bangkai penyu tersebut pada 2.30 petang berkata, tiada sebarang kesan kecederaan pada haiwan itu dan keadaan fizikalnya kelihatan masih segar.

“Dari jauh, saya terlihat ada penyu dibawa ombak ke pantai. Saya segera ajak adik dan dua anak pergi lebih dekat kerana mahu tengok lebih jelas.

“Ini kali pertama saya terjumpa penyu, malangnya penyu itu sudah mati. Saya minta pertolongan orang awam yang ada berdekatan untuk mengangkat penyu itu ke darat dan menghubungi Jabatan Perikanan Negeri Terengganu untuk membuat laporan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kematian penyu tersebut adalah yang ke-12 pada bulan ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata pihaknya ada menerima laporan berkenaan penemuan itu dan beberapa kakitangan telah pergi ke lokasi tersebut untuk mendapatkan maklumat terperinci. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast