Rapid Penang perkenalkan perkhidmatan bas dua tingkat mulai 1 Februari ini.

GEORGE TOWN – Warga Pulau Pinang bakal menikmati kemudahan perkhidmatan bas dua tingkat yang akan dikendalikan Rapid Penang bermula 1 Februari ini.

Ketua Wilayah Utara Rapid Penang, Ku Jamil Zakaria berkata, pengoperasian bas dua tingkat itu mampu membawa 108 penumpang pada satu masa.

Kata beliau, bas yang berkonsepkan akses universal itu dilihat mampu menangani permintaan dan kapasiti tinggi penumpang di sesetengah kawasan.

“Pengoperasian bas dua tingkat akan dilaksanakan di laluan 301 dari Terminal Bas Weld Quay ke Relau dan 302 dari Terminal Bas Weld Quay ke Batu Maung berikutan kedua-dua laluan itu mempunyai permintaan dan kapasiti penumpang yang tinggi.

“Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan lebih banyak penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Ku Jamil, para penumpang juga boleh menggunakan aplikasi perancang perjalanan atau PULSE yang dibangunkan Prasarana.

“Ia dapat dimuat turun daripada Google Play dan App Store bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Rapid Bus bagi membantu mereka merancang perjalanan mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast