Undi18 Sarawak state election polls Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Undi18 voters Election Commission anti-party hopping
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah membentuk tiga jawatankuasa sebagai komitmen kerajaan mendaulatkan undang-undang termasuk jawatankuasa bagi menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri bertindak sebagai pengerusi bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Dua lagi jawatankuasa yang dibentuk ialah Pasukan Petugas Khas bagi semakan semula undang-undang berkenaan kes Batu Puteh yang dipengerusikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan jawatankuasa ketiga ialah Pasukan Petugas Khas siasatan ke atas dakwaan dalam buku, “My Story: Justice in the Wilderness” tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang dipengerusikan bekas Peguam Besar Sarawak, Datuk Seri Fong Joo Chung.

“Terma rujukan, keanggotaan dan peruntukan bagi ketiga-tiga Jawatankuasa dan Pasukan Petugas Khas ini telah diluluskan oleh jemaah Menteri pada 22 Disember lalu.

“Selaras mandat diberikan supaya jawatankuasa dan pasukan petugas khas memberikan syor mereka kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan, mesyuarat pertama telah berlangsung pada minggu ketiga Disember lalu dan seterusnya bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan Bulanan di Dewan Saksama, Bahagian Hal Ehwal Undangn-Undang (BHEUU) di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Wan Junaidi, pihaknya juga dalam peringkat kajian awal berhubung cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dan undang-undang anti lompat parti.

Katanya, dua cadangan itu telah dibentangkan dalam sesi libat urus beliau bersama pemimpin semua parti politik pada 22 Disember lalu.

Jelas beliau, draf awal kerangka pindaan Perlembagaan berhubung perkara itu juga kini sedang dalam penelitian pemimpin semua parti politik. – MalaysiaGazette