Shahrir Samad

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrir Samad bertanya, kenapalah Tan Sri Muhyiddin Yassin marah apabila Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang meninggalkan parti itu.

Ini kerana, Mazlan meninggalkan PPBM selepas beliau bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri kerana Dewan Undangan Negeri sudah dibuburkan.

Sebaliknya, veteran UMNO itu berkata, Mazlan meninggalkan PPBM secara beradab dan bermaruah.

”Bermaruah kerana Mazlan tak tinggalkan parti dengan kerusinya sekali macam katak-katak politik yang paling ramai dalam PPBM sekarang. Mudahlah PPBM Tebrau cari calon baru,” katanya.

Lagipun, dakwa Shahrir lagi, Dakwanya, kalau Presiden PPBM itu betul-betul melayan macam anak, takkan Mazlan cabut meninggalkan parti tersebut.

Mazlan yang juga Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor berkata, tindakannya itu dibuat dengan pemikiran yang waras.

”Saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua PPBM Bahagian Tebrau berkuatkuasa serta-merta dan keluar dari parti PPBM,” katanya turut melepaskan jawatan Setiausaha PPBM Bahagian Tebrau serta pegawai dan beberapa ahli jawatankuasa PPBM Tebrau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast