Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Program Bersama Bossku sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Kampung Sembulan Lama, Putatan, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 18 SEPTEMBER 2020.
KUALA LUMPUR – Pengkhinatan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri sabah pada 2020 merupakan punca kegagalan kerjasama antara Bersatu dengan UMNO yang menjejaskan peluang menyertai Muafakat Nasional (MN)
Datuk Seri Najib Razak berkata, ramai sudah lupa atau masih tidak sedar apa yang telah berlaku dan ada yang masih menggunakan alasan bahawa UMNO pernah bersetuju untuk mengajak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai MN dan menuduh UMNO memungkiri janji sebagai propaganda bahawa parti itu yang tidak jujur.
“Ya, surat jemputan kepada PPBM pernah ditandatangan pada akhir bulan Ogos 2020 tetapi tak sampai 3 minggu kemudian, PN meletakkan calon untuk melawan BN di 17 kerusi DUN dalam PRN Sabah.
“PN juga meletakkan calon bebas di 6 kawasan DUN yang ditanding BN untuk memecah undi kita,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam hantaran Facebook, hari ini.
Bagaimanapun, katanya Barisan Nasional (BN) masih memenangi jumlah kerusi terbanyak dengan 14 kerusi berbanding 11 kerusi DUN bagi Bersatu yang mana semua kerusi yang dimenanginya itu adalah daripada bekas pemimpin UMNO Sabah yang melopat ke PPBM selepas PRU14.
“Sebab itu, UMNO rasa dikhianat,” ujarnya.
Menurutnya, UMNO terpaksa melepaskan banyak kerusi tradisi BN yang mempunyai peluang tertinggi untuk menang kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan diberi jawatan Ketua Menteri sekiranya gabungan parti politik itu menang.
Bagaimanapun, tambah beliau, Bersatu masih menentang BN pada PRN itu yang mana sebanyak 17 kerusi selain meletakkan calon bebas di enam kerusi untuk memecahkan undi BN.
“Dan walaupun BN berjaya memperolehi jumlah kerusi DUN tertinggi, Ketua Menteri Sabah pula dilantik dari PPBM.
“Jadi, adakah kamu masih mahu gunakan propaganda bahawa UMNO yang mungkir janji dan khianat MN serta Pas sebab tidak teruskan untuk mengajak PPBM (Bersatu) sertai MN setelah kita sedar kita telah dikhianat oleh puak yang tidak jujur?
“Sebab apa kita perlu bekerja sama dan berkawan dengan pihak yang niat sebenar yang mula-mula disorok mereka adalah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya dengan menggunakan pelbagai cara termasuk sogok ahli kita dan khianat kita?”.
Menurut Najib akar umbi UMNO sedar tentang pengkhianatan itu dan mereka telah sebulat suara membuat keputusan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) UMNO untuk menolak kerja sama dengan Bersatu selain menolak pembentukan gabungan politik bersama PN pada PRU14. – Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast