LONDON – Pemain tengah Manchester United yang ‘terpinggir’, Donny van de Beek akhirnya mengambil keputusan menyertai Everton secara pinjaman, lapor The Athletic.
Sebelum memperolehi tawaran daripada Everton, Van de Beek juga menerima tawaran untuk menyertai Crystal Palace.
Van de Beek sebelum ini bergelut untuk mendapatkan minit permainan sejak tiba di Old Trafford pada musim panas 2020.
Sehingga kini, dia hanya beraksi selama 579 minit pada saingan Premier League sejak dua musim terakhir ini yang bersamaan dengan tujuh perlawanan.
Everton pula mahu mendapatkan seorang pemain tengah sebagai fokus utama pada jendela perpindahan Januari.
Ini selepas dua pemain utama, Abdoulaye Doucoure dan Fabian Delph terpaksa dipinggirkan selama sebulan akibat kecederaan. – MalaysiaGazette
https://theathletic.com/news/manchester-uniteds-donny-van-de-beek-decides-to-join-everton-on-loan/DYzeZkafXoIs/