Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 5,736 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitternya berkata, jumlah keseluruhan jangkitan kini telah meningkat kepada 2,882,060.

Angka ini juga menunjukan peningkatan dalam tempoh lebih daripada dua bulan iaitu sebanyak 62 hari sejak 2 Disember

Semalam, jumlah kemasukan di hospital adalah pada kadar 60.2 peratus manakala penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 49.9 peratus.

Kadar kebolehjangkitan naik sedikit iaitu pada nilai 1.15.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (1 Feb), di mana 5,566 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,258)

Johor (868)

Kedah (581)

Sabah (490)

Kelantan (456)

Kuala Lumpur (430)

Pulau Pinang (426)

Melaka (250)

Negeri Sembilan (216)

Pahang (204)

Perak (160)

Terengganu (102)

Putrajaya (61)

Perlis (44)

Sarawak (17)

Labuan (3) -MalaysiaGazette

berita lanjut menyusul