Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Perkembangan terbaharu pandemik Covid-19 di Malaysia menyaksikan sebanyak 5,720 kes positif baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu telah menjadikan jumlah kumulatifnya 2,887,780 kes positif Covid-19 setakat ini.

Pecahan kes baru semalam (2 Feb) mengikut negeri, di mana 5,736 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,424)

Johor (1,084)

Kedah (532)

Sabah (446)

Pulau Pinang (433)

Kuala Lumpur (391)

Kelantan (364)

Pahang (274)

Melaka (230)

Negeri Sembilan (226)

Perak (172)

Terengganu (95)

Putrajaya (23)

Sarawak (21)

Perlis (20)

Labuan (1)

Ketika ini, KKM hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. -MalaysiaGazette