Datuk Dr. Nor Azimi Yunus

KUANTAN – Orang ramai dieran melakukan ujian saringan terlebih dahulu sebelum pergi bercuti dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, ujian saliva yang positif perlu dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi tujuan pemantauan.

“Pemantauan dilakukan selepas dilaporkan, ini yang dikatakan TRIIS (Test Report Isolate Inform Seek) yang diulang-ulang oleh KKM (Kementerian Kesihatan).

“Jika ingin pulang ke kampung sama ada bercuti, meraikan perayaan atau melawat ibubapa, lakukan ujian saringan dahulu supaya kita tidak membawa pulang virus dan menjangkiti ibu bapa dan keluarga di kampung.

“Jangan fikir balik sekejap tiada apa-apa, perlu buat saringan dan pastikan anda bebas dari C0vd-19 jika ingin balik melawat ibu bapa atau keluarga di kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi kisah kes kematian Brought in Dead (BID) berlaku di negeri ini untuk dijadikan iktibar semua pihak menerusi Facebooknya, semalam.

Menerusi perkongsian itu, beliau menyatakan keluarga mangsa tidak melaporkan kepada PKD atau melaporkan ke dalam MySejahtera hasil ujian saringan yang dilakukan.

Jika kes positif tidak dilaporkan bermaksud mangsa di luar pengetahuan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan pemantauan terhadap kes tidak akan dilakukan.

Tambahnya, pesakit Covid-9 yang berusia sepatutnya dimasukkan ke hospital atau PKRC supaya pemantauan rapi boleh dibuat kerana berisiko mendapat komplikasi yang lebih tinggi berbanding orang muda.

“Tidak dinafikan kes positif boleh dikuarantin di rumah namun dengan syarat tertentu di mana keluarga perlu mahir untuk pantau dan juga memerlukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Ini kerana kebiasaannya pematuhan SOP di kalangan keluarga hampir tiada,” ujarnya

Tambah Dr. Nor Azimi, dos penggalak sangat penting bagi mengurangkan komplikasi kerana pengambilan dua dos vaksin tidak mencukupi.

“Pengambilan dos booster perlu untuk mengurangkan risiko komplikasi dan kematian, dalam ini mangsa telah lengkap dua dos vaksin cuma belum lagi dos booster,” katanya. – MalaysiaGazette