Datuk Dr. Nor Azimi Yunus

KUANTAN – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Pahang bermula  Isnin ini melibatkan 78 Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, ia melibatkan 11 Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV), 60 klinik kesihatan dan 7 PPV offsite.

Pada peringkat permulaan,  katanya, pemberian vaksin akan dilaksanakan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan menyasarkan kumpulan kanak-kanak komorbid yang layak.

“Terdapat juga beberapa PPV jangkau luar sekolah yang sedang diperhalusi untuk dibuka dan jumlah PPV mungkin akan bertambah dari masa ke masa bergantung kepada liputan vaksinasi.

“Suntikan di Negeri Pahang akan bermula pada 7 Februari 2022 dan buat permulaan hanya satu jenis vaksin sahaja yang ditawarkan iaitu Corminaty (Pfizer-BioNTech) bagi dos kanak-kanak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehingga Khamis lalu, seramai 27,864 orang atau 14.1 peratus daripada anggaran 197,700 kanak-kanak di negeri ini telah berdaftar melalui MySejahtera secara sukarela.

Manakala secara keseluruhan  seramai 517,107 atau 15 peratus kanak-kanak menyertai PICKids di negara ini.

Tambah Nor Azimi, pihaknya juga sedang mempehalusi beberapa’ PPV outreach’ sekolah yang yang berpotensi menjadi lokasi PPV

“Jumlah PPV ini mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa bergantunh kepada liputan vaksinasi kanak-kanak ini,” katanya. – MalaysiaGazette