RABAT – Pasukan penyelamat yang melaksanakan misi menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam perigi empat hari lalu semakin hampir dengan kedudukan mangsa.
Budak yang dinamakan sebagai Rayan dilaporkan bermain berhampiran perigi di bandar Tamorot, 100 kilometer dari Chefchaouen pada Selasa lalu.
Dia dipercayai terjatuh dalam lubang yang sempit pada kedalaman 32 meter.
Selepas berhari-hari menggali kini hanya tinggal tiga meter lagi untuk pasukan penyelamat tiba di lokasi budak itu, namun terdapat risiko tanah runtuh.
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, sebuah lubang yang selari dengan telaga digali untuk sampai ke lokasi Rayan, kata jurucakap kerajaan Maghribi Mustapha Baitas.
Dalam pada itu, salah seorang ketua operasi, Abdesalam Makoudi berkata: “Kami hampir sampai dan kami telah bekerja tanpa henti selama tiga hari dan keletihan, tetapi seluruh pasukan penyelamat masih bertahan<“.
Rakaman kamera yang diturunkan ke dalam perigi menunjukkan budak lelaki itu masih hidup dan sedar, tetapi dia kelihatan mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala.
Sementara itu, pekerja penyelamat telah menurunkan topeng oksigen, makanan dan air ke dalam perigi dan pasukan perubatan turut berada di lokasi, bersedia untuk merawat budak itu.
Sebuah helikopter telah tempat kejadian untuk membawa mangsa ke hospital sebaik sahaja dia dikeluarkan dari telaga. – BBC
https://www.rnz.co.nz/news/world/460940/i-haven-t-slept-a-wink-morocco-well-rescue-for-five-year-old-grips-nation