Seorang pekerja kilang nyaris menjadi mangsa sengatan lebah hutan yang bersarang di dalam topi keledarnya di Alor Gajah, Melaka semalam.

ALOR GAJAH – Seorang pekerja kilang nyaris menjadi mangsa sengatan lebah hutan yang bersarang di dalam topi keledarnya di sini semalam.

Kejadian pukul 4.25 petang itu  itu disedari lelaki berusia 55 tahun itu ketika dia hendak menyarung topi keledar untuk pulang ke rumahnya sebelum segera menghubungi Pejabat Daerah Angkatan Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah.

Seorang anggota bomba memeriksa topi keledar dipenuhi tebuan di Alor Gajah, Melaka semalam.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik PDPA Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom dalam satu kenyataan berkata, seramai empat anggota dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 4.30 petang.

“Sebaik tiba, anggota terus mengalihkan topi keledar itu ke kawasan selamat sebelum membakar kertas bagi menghalau lebah berkenaan.

“Ini satu kejadian pelik kerana lebah hinggap di dalam topi keledar berbanding kebiasaan kami mengendalikan kes-kes membakar sarang lebah atau tebuan di pokok atau rumah penduduk,” katanya.

Tambahnya operasi tamat pada jam 5.15 petang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kenapa tak masuk guni je bawa balik pelihara boleh dapat madu nanti .mungkin itu lebah lari dari tong peliharaan orang lain

Comments are closed.