Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Semua jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini dalam keadaan bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ini termasuk jentera Wanita UMNO dan BN, yang berada dalam tahap tertinggi untuk turun berkempen menarik sokongan atau undi rakyat negeri itu.

Menurut Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, mereka akan melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab yang diberikan parti demi masa depan rakyat Johor dan Malaysia khususnya.

“Kehangatan sudah terasa! Kita sudah bersedia dan bersemangat tinggi untuk memikul tugas dan tanggungjawab ini.

“Semuanya untuk menjadikan Johor ini yang terbaik untuk masa depan semua.

“Insya-Allah, dengan semangat dan gelombang biru di Pagoh semalam, menunjukkan kami sudah bersedia. Jentera BN Zon Utara juga telah siap sedia,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia menyatakan, jentera BN bagi Zon Barat melibatkan Bahagian Iskandar Puteri, Pulai, Tanjung Piai dan Pontian di Nusajaya, Johor Bahru telah dilancarkan Jumaat lalu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melancarkan jentera parti itu di Dewan Seri Pekembar, Johor, semalam, yang turut dihadiri pemimpin kanan parti komponen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast