Permohonan representasi ahli keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim bagi kerajaan lucut hak harta bernilai RM16 juta ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dalam prosidingnya, Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa Pejabat Peguam Negara telah memutuskannya dan sepucuk surat berhubung perkara itu telah dihantar kepada peguam responden pada 4 Februari lalu.