Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama Ketua Pejuanita Wilayah Perseketuan, Bibi Sunita melawat ke ruang jualan barangan makanan ketika hadir Program Sepetang Bersama Pejuanita Wilyah Perseketuan di D'Sultanaa Bazaar, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 08 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak berminat melayan Perikatan Nasional (PN) bagi menjalinkan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sehingga kini parti tersebut tidak pernah mengadakan perbincangan dengan parti gabungan Bersatu, Pas dan Gerakan itu.

“Dengan PN (perbincangan) tidak, kita pun tidak beberapa layan dia orang,” katanya ringkas.

Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir bercakap pada sidang media selepas selesai Program Sepetang Bersama Pejuanita Wilyah Perseketuan di D’Sultanaa Bazaar, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 08 FEBRUARI 2022.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majllis tertutup bersama Pejuangnita Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada PEJUANG telah mengadakan perbincangan dengan PN bagi menghadapi PRN Johor.

Sebelum itu, Mukhriz mengesahkan parti itu akan bertanding secara solo dengan meletakkan 42 calon daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Beliau yang Ahli Parlimen Jerlun menegaskan, Pejuang juga tidak berminat dengan tawaran Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) agar semua parti pembangkang yang mahu bertanding dalam PRN Johor supaya bersama-sama di bawah satu khemah besar.

Jelas beliau, Pejuang sedia bertanding sendirian walaupun sedar bukan menjadi parti pilihan dalam PRN itu.

“Pejuang sedar kami adalah underdog dan belum ada tapak walaupun mempunyai antara ahli teramai berbanding negeri lain.

“Namun ahli Pejuang di Johor semakin bertambah dan permulaan kempen kami di Dewan Undangan Negeri mendapat sambutan meriah.

“Rakyat kini mula kenali Pejuang kerana kami adalah parti memiliki prinsip berbeza iaitu tidak terlibat rasuah, lompat parti dan tandatangan MoU (ahli Parlimen),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. LEBIH BAGUS RAKYAT TIDAK BERMINAT MANA2 PRU DAN PRN DAN TERUS BOIKOT SAJA KERANA KERENAH PEMIMMPIN2 POLITIK GILA KUASA /PECAH BELAH/ RASUAH /TIDAK AMANAH /MUNGKIR JANJI DAN MUNAFIK disebalik MANIFESTO DAN MANDAT RAKYAT

Comments are closed.