Salah satu peluru berpandu yang dikeluarkan roketsan di Ankara Turki.Kredit Foto/Sumber: Roketsan Turkiye

ANKARA, Turki – Roketsan, syarikat pertahanan Turki melihat potensi untuk membekalkan sistem anti-kereta kebal Karaok dan peluru berpandu anti-kapal Atmaca bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jurucakap pengurusan tertinggi Roketsan berkata, keyakinan itu selepas ATM  menyatakan kecenderungannya untuk memiliki kedua-dua sistem senjata berkenaan.

“Roketsan juga dalam masa sama yakin mampu memenuhi keperluan berdasarkan kemampuan syarikat yang memiliki teknologi baharu dan ke hadapan jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat negara lain.

“Tetapi pihak kami masih sedang menunggu maklum balas ATM dan melihat bagaimana perkembangan tender perolehan akan dibuka oleh Kerajaan Malaysia nanti.

“Setakat ini, sebarang urus niaga berkaitan kedua-dua produk itu masih belum diputuskan,” katanya.

Kabalar (tiga dari Kanan) bersama barisan pegawai Roketsan di Ankara Turki semasa pertemuan dengan delegasi Media Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dan sesi lawatan delegasi media Malaysia di ibu pejabat Roketsan sini semalam.

Menurutnya, Roketsan bersedia untuk bekerjasama dengan para pelanggannya dan cuba untuk bersama-sama serta memahami peralatan tentera yang menjadi keperluan mereka.

“Kerjasama antara kedua-dua pihak ini adalah terbuka dan kami pada masa yang sama memahami situasi semasa.

“Ada juga sebahagian penyelidikan dalam perkara ini memerlukan penglibatan kerajaan dan industri tempatan serta syarikat pembuatan,” tambah beliau.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast