Petugas kesihatan memberi suntikan dos penggalak Covid-19 kepada penerima yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Lembah Klang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 15 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Vaksin penggalak jenis Sinovac kini boleh didapati secara pendaftaran terus (walk in) di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Luar Tapak bermula Isnin ini.

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) berkata, penerima dos penggalak boleh menyemak senarai PPV Luar Tapak di laman web ProtectHealth: www.protecthealth.com.my.

“Vaksin Sinovac untuk dos penggalak akan tersedia di semua PPV Luar Tapak di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” kata ProtectHealth menerusi kenyataan.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan dos penggalak jenis Pfizer untuk penerima Sinovac.

Ini kerana vaksin berkenaan menawarkan tahap perlindungan yang lebih tinggi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini membenarkan penerima Sinovac untuk dos primer mereka (dos pertama dan kedua) untuk mendapatkan vaksin Sinovac sebagai dos penggalak.

Ini berikutan keengganan sebilangan penerima Sinovac untuk menerima suntikan dos campuran daripada Pfizer mahupun AstraZeneca. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast