PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu wanita yang videonya tular kerana memotong barisan secara berbahaya di lampu isyarat Kilometer 46, Jalan Klang – Teluk Intan, Kuala Selangor dikenakan saman, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya telah mengesan sebuah klip video yang dirakam menggunakan kamera papan pemuka (dashcam) di laman Facebook Dashcam Owners Malaysia pada pukul 3.30 petang, kelmarin.

Menurut beliau, video berdurasi 36 saat itu memaparkan tindakan sebuah kereta jenis Proton Saga yang memotong secara berbahaya.

“Bertindak atas maklumat, pemandu kereta dan kenderaan yang terlibat kemudiannya berjaya dikesan.

“Pemandu terbabit hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Selangor bersama kenderaannya dan telah disaman di bawah Kaedah 6(1) A LN166/59 kerana memotong barisan secara bahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menasihati semua pengguna jalan raya supaya lebih bersabar dalam pemanduan dan menjadi pengguna yang bertimbang rasa bagi mengelak dari sebarang kejadian tidak diingini berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast