Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah flood victims Covid-19 positive infectious diseases
Dr Noor Hisham Abdullah

UALA LUMPUR – Sebanyak 21,315 kes positif Covid-19 direkodkan pada hari ini berbanding 21,072 kes semalam, peningkatan 243 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berikutan itu jumlah kumulatif meningkat kepada3,061,550 kes.

Angka positif berada dalam trend menaik sepanjang tempoh seminggu bermula 6 Februari lalu, yang merekodkan 10,089 kes.

Bagaimanapun, jumlah itu naik kepada 11,034 kes pada 7 Februari dan terus meningkat 13,944 kes (8 Feb), 17,134 kes (9 Feb), 19,090 kes (10 Feb), 20,939 (11 Feb) dan 22,802 kes pada 12 Februari lalu.

Bagaimanapun, kes turun kepada 21,072 semalam, sebelum direkodkan naik lagi kepada 21,315 kes hari ini.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu itu, 87 kes adalah kategori 3, 4 dan 5, manakala 21,228 kes merupakan kategori 1 dan 2.

Mengikut pecahan kategori, katanya, kategori 5 sebanyak 16 kes, kategori 4 (23 kes), kategori 3 (48 kes), kategori 2 (15,028 kes) dan kategori 1 (6,200 kes). – MalaysiaGazette