Bangunan Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipian mencapai kata sepakat untuk mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 secara timbal balas.

Wisma Putra berkata, pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam MySejahtera.

Sementara pengembara dari Filipina dibenar memasuki Malaysia dengan bukti sijil lengkap dalam VaxcertPH.

Katanya, kemasukan pengembara juga tertakluk kepada prosedur kuarantin semasa oleh pihak berkuasa kedua-dua negara.

Persetujuan itu membolehkan Kedutaan Besar Malaysia di Manila membantu tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila kelmarin memasuki negara itu untuk tujuan perniagaan.

Menurut Wisma Putra, pada dasarnya, Kerajaan Malaysia mengiktiraf pengembara yang telah lengkap menerima vaksin yang diluluskan di bawah Senarai Kegunaan Kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau yang diluluskan oleh pihak berkuasa negara-negara tertentu.

Bagaimanapun, pengiktirafan sijil digital vaksinasi MySejahtera tertakluk kepada keputusan kerajaan-kerajaan negara lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast