KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkongsi potensi kemajuan negeri Johor ketika diterima menghadap Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che’ Puan Khaleeda Bustamam.
Menurut Najib, negeri di selatan Semenanjung Malaysia itu mempunyai potensi ekonomi yang cukup besar.
Malah kata Najib, Johor boleh menjadi pemangkin dan pintu terhadap kemajuan ekonomi negara.
“Pelaburan, pekerjaan dan pembangunan wajar menjadi tiga fokus utama.
“Semoga Allah SWT melimpahkan kurnia, rahmat dan kesejahteraan buat Johor dan Malaysia dan terus memberkati institusi diraja,” katanya.
Dalam pertemuan itu, Najib turut menyentuh mengenai pembangunan secara menyeluruh yang amat diperlukan bagi Johor dan Malaysia.
Turut disentuh mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat di negeri itu.
Johor akan berhadapan dengan pilihan raya negeri pada bulan hadapan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan hujung bulan lepas.- MalaysiaGazette
Kalau pas peralatan ugama tapi UMNO peralatan raja demi mendapat sokongan rakyat . Apa pun rakyat perlu bijak memilih supaya tidak terpengaruh dengan kerenah politik yang penuh tipu helah untuk kepentingan diri sendiri