Anwar Ibrahim Rafizi Ramli politics political comeback return PKR
Chairman Emeritus of the International Institute of Islamic Thought (IIIT), Datuk Seri Anwar Ibrahim speaks to the media representatives after the launch of the Siddiq Fadzil Thought, Leadership Institute and Book at Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 17 FEBRUARY 2022. Pengerusi Emeritus Institut Antarabangsa Pemikir Islam, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas WACANA Pemikiran Siddiq Fadzil dan Pelancaran Institut Pemikiran, Kepimpinan Siddiq Fadzil serta buku Kursi Siddiq Fadzil ketika di Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak kunci mulut dan enggan melayani pertanyaan pemberita apabila diajukan mengenai hasrat Rafizi Ramli ingin kembali ke arena politik tanah air.

Sebaliknya beliau meminta isu berkaitan politik ditangguhkan selewat-lewatnya lusa bagi memberi laluan dan menghormati majlis memperingati tokoh agamawan, Allahyarham Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil.

“Saya tak minat bincang soal lain (politik) melainkan institusi ini (Siddiq Fadzil) nanti tenggelam isu ini.

“Soalnya hanya untuk Siddiq Fadzil, yang lain saya tangguh esok atau lusa,” katanya ketika ditemui pemberita di Universiti Selangor (Unisel), di sini, hari ini.

Terdahulu Anwar menyampaikan syarahan perdana pada Wacana Pemikiran Siddiq Fadzil dan Pelancaran Institut Pemikiran, Kepimpinan, Kursi serta Pelancaran Buku Karya Siddiq Fadzil.

Rafizi bersara daripada politik sejurus Mahkamah Tinggi membebaskannya terhadap hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) pada 15 November 2019.

Pembebasan tersebut dilakukan selepas Rafizi membuat rayuan terhadap sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen apabila didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya.

Selepas dibebaskan, beliau mengumumkan tidak berminat untuk kembali aktif dalam politik atau menyandang sebarang jawatan penting.

Bagaimanapun ada kalangan ahli PKR yang meminta Rafizi kembali ke arena politik dan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR April nanti.

Rafizi dalam ciapan di laman Twitter berkata, beliau belum memutuskan sama ada akan kembali ke arena politik atau sebaliknya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast