Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sekali lagi dihadapkan ke mahkamah kerana memuat naik hantaran yang menghina Pas dengan meletakkan logo parti itu dengan jenama minuman keras.
Dia dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) akta sama.