Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, propaganda yang sering diulang-ulang bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu bersama UMNO dan Pas demi penyatuan ummah adalah salah.

Bekas perdana menteri itu mendakwa selepas PPBM kalah teruk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai kepada calon MCA yang disokong Muafakat Nasional (MN), PPBM mulakan langkah untuk minta sokongan UMNO dan Pas demi memelihara kepentingan diri.

Perkara itu, katanya, disahkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ceramah pada PRN Melaka.

Dalam kenyataan itu, Muhyiddin dilaporkan menyebut: “Saya beritahu Tun Dr Mahathir, kalau kita duduk lama lagi di sini Tun (Mahathir), dalam pilihan raya umum akan datang ini kita akan hilang daripada peta, sejarah politik tanah air. Pilihan raya (kecil) demi pilihan raya kecil kita (PPBM) kalah dan antara sebab kekalahan itu adalah orang Melayu melihat PPBM bergabung dengan kumpulan sebegini, maka tentu pada pandangan masyarakat Melayu dan juga bukan Melayu ini tidak selari dengan perjuangan kita.

”Bukan demi penyatuan ummah tetapi demi kepentingan diri dan demi hayat politik mereka sahaja.

”Sebab itu dari awal-awal lagi semasa Langkah Sheraton, Abah kau dah rancang “scheme of things” untuk pecahkan UMNO dengan cara sogokan yang turut memberi kesan amat parah kepada Muafakat Nasional,” kata Najib dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette