Ops Samseng Jalanan di sekitar ibu negara sejak 18 Februari lalu megeluarkan 408 saman dan 20 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta tangkapan kesalahan dadah. Gambar JSPT KL

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) telah mengeluarkan sebanyak 408 saman terhadap pengguna jalan raya kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Operasi Samseng Jalanan.

Selain itu sebanyak 2i buah motosikal disita dalam operasi yang dilaksanakan pada Jumaat hingga hari ini.

Ketua JSPT KL, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi dengan kekuatan 12 Pegawai Kanan dan 58 Pegawai Rendah Polis dilakukan di Jalan Raja Laut, Jalan Loke Yew, Jalan Genting Klang, Jalan Temerloh, Jalan Titiwangsa, Lebuhraya DUKE dan AKLEH.

“Secara keseluruhan sebanyak 408 jumlah saman telah dikeluarkan diatas pelbagai kesalahan dan 21 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan ( ekzos ).

“Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak JPJ serta diarahkan mengubah k estruktur asal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aksi Roket dan Superman oleh penunggang motosikal semasa Op Samseng Jalanan dilaksanakan JSPT KL semalam.Gambar JSPT KL

Tambah beliau, seramai 11 lelaki yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 60 tahun ditahan di bawah Sek 45(A) APJ 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Kesemua individu yang ditangkap itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah seksyen yang sama, ujarnya.

Menurut Sarifudin, dalam operasi yang sama dua lelaki berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun ditahan polis kerana memiliki dadah jenis methamphetamine (syabu) dan heroin.

“Kedua- dua suspek yang ditangkap telah di bawa ke IPD Dang Wangi dan IPD Cheras dan akan dituduh di bawah Seksyen 12(2)(e) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan di bawah 15(1)(a) ADB 1952 kerana dikesan positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Sarifudin berkata, empat individu remaja berumur antara 16 hingga 20 tahun yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dan melakukan aksi zig – zag, roket dan superman turut dicekup polis.

Jelasnya, mereka akan dituduh di bawah Seksyen 42(1)1987 APJ kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast