khairuddin mengundi muda songsang musuh Allah
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali meletakkan jawatan sebagai ahli dan Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Pas.

Mohd Khairuddin dalam satu kenyataan berkata, beliau mengumumkan peletakan jawatan itu dalam mesyuarat MSU Pas yang diadakan secara hibrid malam tadi.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pas yang memberi peluang untuk saya berkhidmat sebagai Ahli MSU sejak 2013 seterusnya Setiausaha MSU sejak 15 Disember 2020.

“Rakaman jutaan terima kasih juga kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Hashim Jasin dan semua ahli MSU yang telah bertindak selaras dengan Perlembagaan Pas untuk mengelakkan sebarang krisis perlembagaan parti,” katanya.

Mohd Khairuddin berkata, beliau akan istiqamah menjalankan amanah sebagai ahli Parlimen Pas dan tugasan-tugasan lain dalam parti.

Bulan lalu Mohd Khairuddin digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas.

Pengguguran tersebut tidak sampai dua bulan beliau dilantik ke jawatan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast