KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter kepada RM3.29 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Harga runcit ini bagi tempoh 24 Februari hingga 20 Mac 2022.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,
sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Ia bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast