Superintendan Bahrin Mohd Noh

SEGAMAT – Seramai 270 anggota polis di daerah ini bersiap-siaga dari segi aspek keselamatan sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan esok.

Ketua Polis Segamat, Supentendan Bahrin Mohd Noh berkata, kesemua pegawai dan anggota ditempatkan di keenam-enam pusat penamaan calon di daerah ini dan sebahagian daripadanya mula melakukan tugasan pada malam ini.

Superintendan Bahrin Mohd Noh bersama pegawai dan anggota IPD Segamat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.

Menurut beliau, anggota dan pegawai yang menjalani latihan dan simulasi hari ini akan memastikan proses penamaan calon esok berjalan lancar.

“Simulasi bagi Buloh Kasap, Jementah, Pemanis dijalankan pada pagi tadi dan dua DUN lagi melibatkan Bekok dan Tenang dijalankan pada waktu petang.

“Pihak kami bersiap sedia sepenuhnya untuk sesi penamaan calon esok merangkumi petugas di enam kawasan penamaan calon tidak termasuk ‘taskforce’ yang lain,” katanya.

Tinjauan pasukan Polis IPD Segamat di Pusat Penamaan Calon di DUN Bekok

Beliau ditemui MalaysiaGazette ketika mengadakan sesi simulasi hari penamaan calon PRN Johor di Dewan Serbaguna Majlis Bandar Labis, Johor.

Sementara itu, Bahrin turut menasihati agar semua calon dan penyokong mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,

Sebanyak enam pusat penamaan calon bagi enam DUN ditempatkan dalam daerah Segamat.

Tinjauan MalaysiaGazete mendapati pasukan Suruhanjaya Pilihanraya Negeri membuat persiapan akhir di kesemua lokasi Pusat Penamaan Calon.

Turut kelihatan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat persiapan di lokasi bagi memastikan tiada gangguan bekalan elektrik esok.

Pusat Penamaan Calon DUN Kemelah

Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Bandar Segamat ditempatkan bagi Pusat Penamaan Calon DUN Buloh Kasap manakala Dewan Muafakat Taman Yayasan merupakan Pusat Penamaan Calon bagi DUN Jementah.

Pusat Penamaan Calon DUN Tenang

Bagi DUN Pemanis pula, sesi penamaan calon di Dewan Serbaguna Kilometer 5 dan Jalan Genuang, dan penamaan pencalonan DUN Kemelah di Dewan Serbaguna Taman Utama.

Pusat Penamaan Calon DUN Bekok

Dewan Serbaguna Taman Wira dijadikan Pusat Penamaan Calon bagi DUN Tenang manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis bagi calon DUN Bekok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast