JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dijangka berhadapan dengan pertandingan lima penjuru.
Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Barisan Nasional (BN) menampilkan calon pemimpin negeri.
MUDA mempertaruhkan Ketua Penerangannya, Rasid Abu Bakar manakala BN menampilkan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah.
Perikatan Nasional turut memberikan saingan dengan meletakkan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri Zulkifli Bujang.
PKR meletakkan wajah lama, Dr Zamil Najwah Arbain.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Syed Sis A Rahman di DUN Tanjung Surat, dengan majoriti 4,522 undi.
Pejuang pula meletakkan Mohamad Riadz Mohamad Hashim sebagai calon.
Calon-calon akan menyerahkan borang pencalonan di Pusat Pencalonan DUN Larkin di Dewan Serbaguna JKR Johor Bahru pada pukul 9.00 pagi.
DUN Larkin menyaksikan pertambahan pengundi sebanyak 20,146 kepada 76,004 berbanding 55,856 pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Daripada jumlah itu 527 merupakan anggota polis dan pasangan.- MalaysiaGazette.