Datuk seri Najib Razak bersarapan bersama penduduk di Dataran Semandar.

PAGOH – Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa bersarapan bersama calon BN di Kompleks Seri Pekembar, di sini hari ini.

Beliau tiba pukul 8 pagi dengan kehadirannya disambut jentera parti yang telah berkumpul sejak pukul 7.30 pagi.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bersarapan bersama calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Mohd Fadzli Mohd Salleh dan calon DUN Bukit Kepong, Ismail Mohamad.

Beliau kemudiannya menyaksikan pelepasan jentera yang mengiringi calon-calon ke pusat penamaan masing-masing iatu di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Pusat Konvensyen Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selepas selesai proses penamaan calon Najib akan bertemu dengan pengundi-pengundi di Dataran Semandar, Gersik.

BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor yang akan diadakan pada 12 Mac. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast