Lokasi penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang Layang.

SIMPANG RENGGAM – Pusat penamaan calon bagi kerusi N27 Layang-Layang di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) mula menjadi tumpuan media seawal 7 pagi tadi.

Ini kerana walaupun kerusi Parlimen Simpang Renggam dimenangi oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik namun kedua-dua Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah itu iaitu DUN Layang-Layang dan Machap milik Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua DUN itu juga hanya menang dengan majoriti tipis, iaitu hanya meraih 47 peratus undi di setiap kerusi oleh BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Kali ini, Maszlee telah dinamakan calon bagi DUN dari Pakatan Harapan (PH) Layang-Layang manakala calon BN pula, bekas penyandang pada PRU-13, Abd Mutalib Abd Rahim.

Selain Maszlee dan Abd Mutalib, calon dari parti Perikatan Nasional (PN) telah mencalonkan K Alagathiran manakala parti Pejuang menampilkan Ahmad Shafiq Othaman.

Pada PRU-14, kerusi DUN Layang-layang dimenangi Datuk Onn Hafiz Ghazi dari Barisan Nasional (BN) yang mengalahkan MS Murugan dari PH dengan majoriti 364 undi.

Setakat ini, para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang sibuk dengan proses penamaan calon yang akan bermula sekitar 9 hingga 11 pagi ini.

Hanya media yang mempunyai pas rasmi SPR dibenarkan masuk namun tidak boleh masuk ke dalam dewan penamaan calon atas alasan SOP.

Selain itu, calon hanya boleh membawa masuk seorang pencadang dan satu penyokong sahaja manakala sebarang perarakan tidak dibenarkan sama sekali. -MalaysiaGazette

berita menyusul

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast