Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap pada program bertemu pengundi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Taman Sri Raja Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 27 FEBRUARI 2022.

BATU PAHAT – Barisan Nasional (BN) mensasar untuk memenangi sebanyak 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mandat baharu ini penting kerana BN mahu Kerajaan Johor yang stabil.

Menurut beliau, kerapuhan kerajaan seperti yang berlaku sebelum ini telah menyebabkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad sukar membuat keputusan membangunkan Johor.

“PRN kali ini tidak dilaksanakan untuk menyusahkan rakyat, tetapi ia dibuat semata-mata mahu memberikan mandat semula kepada UMNO dan BN.

“Tapi kestabilan sahaja tidak cukup dengan sekadar jumlah minimum, ia mesti tidak kurang 38 DUN harus dimenangi bagi memperoleh suara dua per tiga,” katanya ketika berucapa pada program Perjumpaan Presiden UMNO bersama calon dan pengundi BN DUN Parit Raja di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pelbagai perubahan dan transformasi telah dilaksanakan oleh Hasni biarpun BN mentadbir dalam tempoh yang singkat, selain sokongan DUN serta situasi kewangan yang terhad.

“Situasi itu berbeza ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini sama ada kerajaan negeri atau pusat apabila rakyat lebih merasakan mereka dizalimi.

“Rakyat mengeluh ketika PH memerintah Johor, mereka yang memerintah Putarajaya (Kerajaan Persekutuan) ketika itu juga bukan mengutamakan kemajuan, tetapi balas dendam pada tokoh-tokoh tertentu dan melakukan pemotongan belanjawan kerana menteri kewangan ketika itu (Lim Guan Eng) balas dendam kepada individu di kawasan Parlimen dan DUN yang sudah diluluskan belanjawan mereka sebelum ini.

“Begitu juga keadan di Johor, rakyat rasa dizalimi apabila parti itu memerintah, tetapi kena ingat (doa) orang dizalimi tidak ada hijab, maka ketika itu bukan sahaja di Putrajaya, tetapi di Johor juga kerajaan bertukar,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. umNO b end yang tidak zalimi rakyat.DULU KINI SELAMANYA…tetapi berkubur juga pru 14 kerana doa oarng teraniaya BILA pimipinan kaya dengan rasuah projek kroni salah guna kuasa menafikan hak royalti/hapuskan biasiswa dgn kenalkan ptptn untuk Rakyat terus berhutang…kaum lain boleh masuk MARA….Lambak hutang peneroka dengan tipu gagal dalam FGV dan masih GAGAL dan GAGAL HAPUSKAN COVID19 yg sebelum ni meludah ke langit mengatakan kjaan sebelum ni GAGAL

Comments are closed.