Annuar Musa

MUAR – Barisan Nasional (BN) khususnya jentera parti parti tidak boleh selesa dengan pertembungan banyak parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini

Mereka perlu lebih berhati-hati mengenai perkembangan tersebut, kata Ketua Bahagian UMNO Keteteh, Tan Sri Annuar Musa.

Kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pertembungan empat penjuru di 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai satu kelebihan disambut Ketua Bahagian UMNO Keteteh, Tan Sri Annuar Musa.

“Setiap satu perlu dibuat penilaian oleh jentera trend pengundi itu ke mana, parti yang bertambah itu mengambil undi dari mana? Ini tidak boleh sedapkan diri kita dan jentera BN mesti menganggap ini sebagai satu cabaran baru yang menuntut kita untuk lebih teliti dalam menyusun gerak kita dan tidak boleh leka.

“Semestinya lebih banyak calon, lebih baik tapi secara teorinya yang banyak itu adalah dalam kalangan penentang BN, jadi kita tidak boleh terlalu yakin,” katanya menjawab pertanyaan media mengenai pertembungan antara tiga hingga tujuh penjuru pada PRN kali ini.

Annuar berkata demikian selepas membuat lawatan ke bilik gerakan BN DUN Bukit Naning yang turut dihadiri calon BN untuk DUN, Datuk Mohd Fuad Tukirin.

Sebelum itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak mahu selesa melihat situasi pertembungan sehingga tujuh penjuru di PRN Johor sebagai satu kelebihan kepada parti itu untuk menang selesa.

Presiden UMNO itu juga berkata, BN mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan melihat kepada aspek kelebihan atau kekurangan apabila terlalu ramai calon diketengahkan pelbagai parti.

Justeru itu, Annuar berkata semua parti yang bertanding pada PRN kali ini adalah parti yang dulunya menentang BN khususnya UMNO.

“Kalau kita tengok sama ada Warisan, MUDA, Pejuang atau PKR, PH mahu pun PN dulunya adalah kelompok yang menentang BN.

“Jadi, dengan mereka berpecah dan tidak berada dalam satu saf itu apakah dia dapat dia dapat menarik undi tambahan untuk mereka dan saya merasakan PKR buat langkah taktikal dengan tidak pergi atas logo Pakatan Harapan (PH) di mana jumah pengundi Melayu agak ramai dan pergi atas tiket PKR supaya sentimen marah kepada DAP itu tidak ada pada mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Annuar berkata, langkah Perikatan Nasional (PN) dan PH yang masih belum memuktamadkan calon menteri besar mereka membuktikan  kedua-dua parti itu mempunyai masalah untuk berbuat demikian.

Katanya, perpecahan antara mereka turut mengheret kepada isu poster boy yang masih kabur untuk diisytiharkan.

“Kita faham kerana mereka menghadapi masalah dari segi nak kenal pasti terlebih awal (calon MB) tapi isu poster boy itu boleh mempengaruhi jumlah undi bagi satu parti atau tidak belum tentu,” jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu lagi.

Khamis lalu, BN mengemukakan Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sebagai poster boy sekali gus bakal dilantik menteri besar  sekiranya BN menang PRN Johor pada 12 Mac depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast