Calon Barisan Nasional N.42 Johor Jaya, Chan San San beramah mesra bersama penduduk selepas melakukan aktiviti senaman pagi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Laman Tasik Pandan, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 28 FEBRUARI 2022.

JOHOR BAHRU – Walaupun dikatakan bukan calon pilihan, Chan San San yang mewakili Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri Johor Jaya tidak gentar berdepan dengan calon DAP.

Beliau yakin rakyat terutamanya pengundi-pengundi Melayu tidak mudah percaya dengan janji-janji pembangkang yang sentiasa memberi harapan palsu kepada rakyat.

“Ye memang Chai Tung sudah dua penggal menjadi Exco di Johor, tapi saya tidak pernah memikirkan siapa lawan saya.

“Yang penting saya mahu menawarkan khidmat saya kepada pengundi di sini dan mesej saya kepada pengundi juga jelas untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya selepas melakukan aktiviti riadah di Laman Tasek Pandan di sini pagi tadi.

Menurutnya, walaupun DUN Johor Jaya majoritinya pengundi Cina tetapi itu bukan isu besar kerana sudah biasa turun padang dan menyalurkan khidmat kepada semua kaum di sini.

“Selama ini saya turun padang menyalurkan khidmat kepada semua kaum dan ia bukan masalah kepada saya,” ujarnya.

Kerusi DUN Johor Jaya sebahagian daripada kawasan Parlimen Pasir Gudang mempunyai seramai 91,882 pengundi berdaftar berdasarkan Data Semakan Pemilih SPR.

Jumlah itu bertambah sebanyak 30,803 melibatkan UNDI18 dan undi automatik.

Di DUN Johor Jaya akan mengaksikan pertembungan empat penjuru di antara penyandang kerusi itu pada PRU14, Liow Cai Tung dr Pakatan Harapan (DAP), berdepan tentangan Chan San San (BN-MCA), Datuk Dr Ker Ching Sheng (PN-Gerakan) dan Chen Hain Kai dari Warisan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast