Calon Barisan Nasional (BN) N.15 Maharani, Noor Farah Samsudin (kanan) beramah mesra dengan pengundi ketika kempen rumah ke rumah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sekitar Parit Samsu Darat, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2022.
Calon Barisan Nasional (BN) N.15 Maharani, Noor Farah Samsudin (kanan) beramah mesra dengan pengundi ketika kempen rumah ke rumah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sekitar Parit Samsu Darat, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2022.

MUAR – Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani Noor Farah Samsuddin mahu memacu ekonomi setempat dengan merancakkan gig ekonomi dalam kalangan anak-anak muda.

Selain membuka peluang pekerjaan kepada mereka, golongan muda boleh meneroka ruang-ruang lain menerusi gig ekonomi.

“Kita tidak menafikan gig ekonomi kian berkembang pesat di negara ini dan saya mahu golongan muda untuk mengambil peluang ini untuk mengembangkannya dengan pelbagai cara dari aspek perniagaan dan pendapatan belia-belia termasuk wanita muda.

“Peluang yang besar dalam ekonomi ini bukan sahaja bakal menguntungkan anak-anak muda tetapi juga ekonomi setempat,” kata anak jati Muar ini ketika ditemui MalaysiaGazette selepas mengadakan siri waklabout di sekitar Parit Bakar, hari ini.

Katanya, berdepan dengan lima penjuru di DUN Maharani, Noor Farah mengakui mencabarnya untuk bekerja keras bagi memenangi pengundi-pengundi di situ.

Beliau tidak sedikit pun memandang mudah dengan saingan-saingannya meskipun berlaku perpecahan dalam kalangan parti yang bertanding.

Calon Barisan Nasional (BN) N.15 Maharani, Noor Farah Samsudin ketika kempen rumah ke rumah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sekitar Parit Samsu Darat, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2022.
Noor Farah Samsudin ketika kempen rumah ke rumah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sekitar Parit Samsu Darat, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2022.

Sebaliknya, beliau melihat situasi semasa itu sebagai cabaran awal yang perlu ditempuh dan memastikan pengundi terus menyokongnya.

“Setiap calon ada kelebihan masing-masing dan saya anggap ini sebagai persaingan sihat dan kita akan buat kerja untuk terus meraih sokongan.

“Saya orang baharu dan saya akan sahut cabaran itu dan terus bergerak untuk raih undi,”

Noor Farah ditentang lima lagi calon, antaranya penyandang kerusi itu Nor Hayati Bachok (Pakatan Harapan); calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Aziz Talib; calon Parti Bangsa Malaysia (PBM), Hanis Asmui; calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Riad Ahmad dan seorang calon bebas, Lim Kim Joo.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Nor Hayati Bachok yang juga Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) Johor memenangi kerusi DUN Maharani dengan majoriti 5,674 undi menewaskan calon dari BN dan Pas.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast